Men love to wonder, and that is the seed of science!

Monday, 3 March 2014

  • Tajuk 5(2): Reka Bentuk dan Pembinaan Ujian

    5.2      


               Jadual Spesifikasi Ujian

                Jadual spesifikasi ujian(JSU) merupakan pelan utama kepada penggubal  item ujian. JSU merupakan satu jadual dua hala yang membekalkan maklumat-maklumat penting kepada penggubal ujian. Maklumat yang didapati dalam JSU ialah:

    1.    Tajuk atau topik yang akan diuji
    2.    Bentuk dan panjangnya ujian
    3.    Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji
    4.    JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan
    kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.
    5.    Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan
    penegasan yang diberi dalam pengajaran.
    6.    Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang
    akan diuji.
    7.    Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan
    soalan subjektif.
    8.    Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.
                  Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab.
    9.    Bilangan item mengikut tajuk,kemahiran dan aras kesukaran.
    Bilangan item ujian bagi setiap topik ditentukan oleh jumlah masa yang diperuntukkan untuk pengajarannya di bilik darjah. JSU juga menetapkan bilangan soalan senang, sederhana dan sukar mengikut aras kesukarannya.
    Secara umumnya JSU mempunyai kepentingan yang tidak dapat disangkalkan antaranya:
    1.    Mengelakkan ujian yang dibuat secara sembarangan
    2.    Menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian
    3.    Satu panduan dan penentu kepada penggubal ujian
    4.    Menentukan bidang serta pemberatan yang akan diberi dalam sesuatu ujian
    5.    Memantapkan taraf serta aras kesukaran dari semasa ke semasa
    6.    Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain
    7.    Membolehkan sesuatu ujian dibina oleh penggubal soalan yang lain.
               
                Bagi memudahkan guru menyediakan JSU ada beberapa langkah yang perlu diikuti;
                Langkah pertama
    1. Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
    2. Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.

    Langkah dua
    1. Menentukan soalan yang ingin dibina.
    Contohnya;
    soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format)
    2. Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.

    Langkah tiga
    1. Menentukan aras kesukaran
    2. Menentukan model aras kesukaran model (JSU)
    3. Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.

    Langkah empat
    1. Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.
    2. Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain. (bergantung kepada format)

    Langkah Lima
    1. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen
    2. Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah)
    3. Menetapkan pemarkahan.

    Langkah enam
    1. Menyatakan matapelajaran
    2. Tingkatan atau kelas
    3. Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

               Berikut adalah satu contoh bentuk JSU ringkas


                                                    Jenis soalan : Objektif
    Bil
    Topik
    Pengetahuan
    Kefahaman
    Aplikasi
    Jumlah
    1
    a
    1
    2

    2
    2
    b

    3 , 4
    5
    3
    3
    c
    6
    7, 8, 9
    10
    5





    10


  • Saturday, 1 March 2014

  • Tajuk 5(1): Reka Bentuk dan Pembinaan Ujian

    5.1      

                5.1 Objektif Ujian

              Dalam pembinaan ujian langkah pertama ialah menentukan tujuan atau objektif ujian tersebut.  Perkara ini sangat penting kerana ia akan menentukan bagaimana jadual spesifikasi ujian akan disediakan. Dalam konteks bilik darjah, tujuan ujian dikelaskan kepada empat iaitu ujian penempatan, ujian diagnostik, ujian formatif dan ujian sumatif.

         Ujian penempatan bertujuan untuk memperoleh maklumat yang dapat digunakan untuk menempatkan murid dalam kumpulan tertentu. Ujian diagnostik pula bertujuan untuk menentukan punca masalah supaya langkah pemulihan dapat diambil dengan segera dan betul. Ujian formatif bertujuan untuk menentukan kemajuan murid serta tahap penguasaan mereka dalam pelajaran. Ujian sumatif pula mengukur pencapaian murid pada akhir tahun atau pada akhir sesuatu kursus untuk tujuan penggredan dan pemeringkatan.

                5.2 Tempoh Masa dan Jenis Ujian

            Secara umumnya terdapat dua jenis ujian berdasarkan tujuan penilaian itu dibuat, iaitu ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria. Ujian rujukan norma dijalankan bagi membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid yang lain dalam satu ujian yang sama. Ujian rujukan norma biasanya meliputi satu bidang pelajaran yang luas dan selalunya untuk penilaian sumatif.  Ia juga digunakan untuk mengukur perbezaan pencapaian individu.  Ujian ini disediakan menggunakan jadual spesifikasi ujian serta merangkumi pelbagai tahap kesukaran untuk mendapatkan diskriminasi maksimum antara calon.

              Ujian rujukan kriteria pula digunakan untuk membandingkan pencapaian dengan kriteria yang ditentukan. Ia lebih tertumpu pada tugas-tugas pembelajaran yang terhad. Bagi menyediakan ujian ini kriteria secara terperinci perlu disediakan. Taraf mutlak menentukan peringkat pencapaian calon. Ia digunakan dalam penilaian formatif iaitu untuk mengukur penguasaan sesuatu kemahiran. Peringkat kesukarannya hampir sama.

    5.2.1 Ujian Pencapaian

    Ujian pencapaian ialah ujian yang digubal oleh guru bagi mengukur sejauh mana sesuatu kumpulan murid atau seseorang murid berkenaan telah menguasai sesuatu topik yang telah dipelajari. Ujian pencapaian boleh dijalankan dalam bentuk membuat perbandingan dengan pelajar lain dalam sesuatu bilik darjah (rujukan norma) atau membuat rujukan tertentu bagi sesuatu aras dalam topik (rujukan kriteria) sesebuah dalam kurikulum. Kebanyakan pembinaan ujian pencapaian serta penskoran adalah berteraskan ujian rujukan norma. Ujian pencapaian boleh digunakan untuk mengukur aspek pencapaian akademik, attitud, siasah, minat, sikap dan sebagainya. Ujian pencapaian akademik dapat mengukur kebolehan, pengetahuan serta kemahiran pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
    Ujian ini dibina oleh guru dan pada peringkat institusi seperti Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Penggubalan pada peringkat perseorangan dikenali ujian di bilik darjah. Manakala bagi pencapaian peringkat pusat dikenali sebagai UPSR, PMR, SPM, STPM dalam sebagainya.
    5.2.2   Ujian Kecerdasan
    Ujian kecerdasan dikenali juga ujian mental. Ujian ini cuba mengukur perbezaan di antara individu. Ujian ini banyak mengalami perubahan serentak dengan perkembangan bidang psikologi. Sejarah ujian ini bermula sejak tahun 1796. Ujian ini mula berkembang sejak Galton pada tahun 1969 apabila beliau cuba mengukur ketajaman deria, gambaran mental serta pencapaian intelektual di antara pelajar genius. Tokoh-tokoh lain yang turut terlibat dalam mengukur aspek mental termasuklah Wundt, Cattell d n Binet (Abu Bakar, 1986). Ujian kecerdasan kanak-kanak terawal ialah skala Binet-Simon.
    Bagi kanak-kanak ujian kecerdasan tidak menekankan aspek kebahasaan. Ujian ini mencerminkan pengalaman pada peringkat kanak-kanak. Ujian kecerdasan memberikan bukti secara tidak langsung tentang potensi yang ditunjukkan murid-murid berdasarkan prestasinya. Ujian ini kerap digunakan untuk membuat telahan pencapaian di sekolah atau institusi pendidikan tinggi. Contoh ujian kecerdasan lain seperti Ujian IQ, Skala Stanford-Binet, Weschler, Ujian Lorge-Thorndike dan lain-lain.
    5.2.3 Ujian Prestasi
    Ujian prestasi memerlukan para pelajar membuat beberapa tugasan lain sebagai tambahan kepada menjawab soalan. Penekanan yang diberikan tertumpu kepada kebolehan murid-murid melakukan sesuatu tugasan yang diberi berbanding hanya menjawab soalan sahaja. Hal ini kerana maklumat personaliti seseorang tidak bernilai jika dia menyedari bahawa dia sedang dinilai. Dengan itu dia akan melakukan dengan sebaik yang mungkin. Dalam konteks ujian prestasi, tidak ada gerak balas boleh dianggap sebagai `baik’. Misalnya tidak ada ukuran baik atau buruknya minat seseorang itu pada dunia perladangan. Individu yang berminat boleh meneruskan ladang dan sebaliknya boleh memilih bidang lain yang bersesuaian dengan minatnya.
    Pada umumnya, ujian prestasi adalah rumit. Guru bebas menggunakan apa sahaja kaedah seperti pemerhatian atau laporan kendiri untuk mendapatkan maklumat pelajar. Pemerhatian boleh dilaksanakan semasa murid melaksanakan tugas yang diberikan, misalnya perbincangan kumpulan, peranan murid dalam aktiviti. Manakala melalui laporan kendiri pelajar sendiri menilai diri sendiri melalui soal selidik tertentu yang menilai peribadi diri.
     5.2.4 Ujian Diagnostik
    Ujian ini mengenal pasti sesuatu perkara atau masalah yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran dan menentukan punca-punca yang menyebabkan masalah berkenaan berlaku. Pentadbiran ujian ini bertujuan untuk menentukan kedudukan murid dalam pelajarannya dan mengenal pasti sebab-sebab berlakunya kelemahan murid dalam pembelajarannya. Apabila sesuatu sebab dapat dikenal pasti maka tindakan selanjutnya dalam merancang dan memulihkan keadaan yang berlaku dapat dilaksanakan.
    Ciri-ciri ujian diagnostik termasuklah ujian tidak memberikan skor atau gred kepada murid. Disebabkan ujian ini untuk memperbaiki kelemahan tertentu, maka ujian ini dilaksanakan pada masa pengajaran dan pembelajaran masih berjalan bukan pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat daripada ujian dalam ujian ini diterjemahkan dalam bentuk profil individu berasaskan skor tentang aspek-aspek pembelajaran. Profil yang dibuat dapat memperlihatkan kepada guru tentang aspek yang belum dikuasai sepenuhnya oleh murid-murid. Contoh ujian diagnostik seperti ujian menilai bacaan murid yang bertujuan mengenal pasti kemahiran murid untuk mengenal huruf dan menyebut huruf.
    Ujian ini penting kerana ia dapat mengenal pasti kelemahan murid dan ini memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan langkah pemulihan kepada murid-murid berkenaan. Di samping mengadakan secara formal iaitu melibatkan pensel dan kertas, ujian ini juga boleh dijalankan secara soal jawab, inventory, pemerhatian dan tugasan dari semasa ke semasa.
    5.2.5 Ujian Kecekapan
    Ujian kecekapan ialah ujian yang digunakan oleh seseorang guru untuk menguji kebolehan atau kecekapan seseorang murid atau calon dalam melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti yang diberikan. Lazimnya ujian ini melibatkan penggunaan instrumen yang konkrit seperti penggunaan gambar dan radas serta tidak semata-mata tertumpu kepada aspek bahasa dan pensel-kertas melainkan sewaktu mendapatkan arahan. Contoh ujian kecekapan seperti ujian pada peringkat pra-persekolahan dengan meminta murid mencantum-cantumkan perkataan dengan gambar yang diberikan atau membina semula gambar dengan lengkap daripada potongan-potongan gambar yang diberi atau menjalankan uji kaji menggunakan radas tertentu.
    5.2.6 Ujian Bakat
    Ujian yang dikaitkan dengan aktiviti membuat telahan ke atas calon. Suatu waktu dahulu bakat dikenal sebagai kebolehan istimewa semulajadi yang dimiliki oleh seseorang individu. Pada umumnya ujian bakat dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu: (i) ujian bakat yang berasaskan kajian secara besar-besaran. Misalnya pada tahun 1930, kajian yang dijalankan oleh Universiti Minnesota tentang bakat mekanikal; dan (ii) ujian bakat yang berasaskan kepada tujuan sesuatu ujian itu dijalankan bagi keperluan tertentu.
    Pada umumnya, ujian ini memberikan maklumat asas dalam membuat telahan prestasi masa depan calon. Ujian ini lazimnya digunakan untuk pemilihan calon melakukan pekerjaan tertentu, kemasukan ke program latihan, permohonan biasiswa dan sebagainya. Ujian ini juga digunakan bagi tujuan mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehan calon atau individu. 
    5.2.7 Ujian Personaliti
    Ujian personaliti ialah ujian yang disediakan untuk mengenal pasti potensi diri, personaliti, tahap kemahiran, keupayaan , minat, nilai dan sikap seseorang yang diukur melalui alat-alat (instrumen psikologi) yang berbentuk ujian, inventori, indikator dan indeks. Contoh ujian personaliti seperti Ujian Keirsey Temperament.
  • Wednesday, 19 February 2014

  • Tajuk 3: Alat Pentaksiran


    3.0       Alat-alat Pentaksiran


    3.1       Portfolio
    Portfolio pelajar adalah dokumen yang merupakan koleksi bukti-bukti yang disediakan oleh pelajar untuk menunjukkan penguasaan, kefahaman, aplikasi dan sintesis konsep-konsep sains. Pentaksiran menggunakan strategi portfolio mengambil masa yang agak lama namun dapat memberi ruang kepada pelajar untuk mendalaminya. Bagi menyediakan portfolio yang berkualiti pelajar perlu menyusun, sintesis dan menerangkan dengan jelas apa yang telah dipelajari. Oleh itu portfolio merupakan refleksi pelajar keatas proses pembelajaran mereka sendiri.

    Rekod Anekdot


    Satu catatan ringkas tentang satu peristiwa atau tingkah laku murid yangdianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan.

    Anekdot ditulis secara objektif, menerangkan apa yang berlaku, bila dan dimana berlaku.

    Catatan ringkas ini akan membantu guru memahami murid berkenaan.

    Rekod anekdot tidak memerlukan setting, borang atau masa tertentu.

    Panduan Merekod Anekdot


    Buat catatan dalam buku nota bagi memastikan insiden yang akan direkodkantidak tercicir

    Rekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat

    Menulis apa yang dilihat secara objektif

    Masukkan respon orang lain sekiranya ada kaitan dengan tingkah laku muridyang diperhatikan

    Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan

    Maklumat yang direkod hendaklah berpandukan peristiwa yangmenggambarkan perkembangan murid
    CONTOH REKOD ANEKDOT

    Nama: Maria

    Masa: 9.00 pagi

    Tarikh: 20.10.2010

    Tempat: Di luar Kelas

    Pemerhatian:Interpretasi:

    3.2       Sampel kerja pelajar

    Hasil kerja pelajar boleh digunakan sebagai alat pentaksiran. Antara hasil kerja pelajar yang boleh digunakan sebagai bukti pembelajaran pelajar dan dinilai ialah;

    a.         Jurnal

    Jurnal pembelajaran adalah koleksi nota, pemerhatian, pemikiran dan bahan yang relevan dimana telah dibina dalam satu jangka masa tertentu. Jurnal pembelajaran membantu pelajar membuat refleksi pembelajaran dan berpeluang untuk berkomunikasi mengenai proses berfikir tentang apa yang telah dilakukan. Ia adalah bersifat peribadi kepada pelajar berkenaan dan menggambarkan personaliti, kecenderungan dan pengalaman seseorang pelajar.

    b.         Buku Nota

    Bahan-bahan pembelajaran samada yang disampaikan oleh pelajar atau dicari sendiri oleh pelajar dikumpul sebagai nota subjek. Berdasarkan buku nota tersebut penilaian boleh dilakukan dari aspek adakah nota itu lengkap, merangkumi semua topik dan maklumat yang detail. Persembahan nota juga boleh dinilai samada tersusun, menggunakan pengurusan grafik, jelas dan menarik 

    c.         Laporan amali

    Laporan amali adalah satu laporan berformat yang dibuat selepas selesai sesuatu sesi amali atau penyiasatan sains. Kandungan laporan amali adalah terdiri dari tujuaneksperimen, prosedue, keputusan dan perbincangan. Laporan amali berfungsi sebagai alat yang efektif dalam usaha memberi makna kepada apa yang telah dilakukan oleh pelajar semasa sesi amali.


    d.         Peta Konsep 

    Otak manusia boleh diibaratkan sebagai hutan di mana terdapat puluhan ribu pohon dengan ratusan ribu cabang besar, jutaan dahan dan ranting. Peta konsep dibuat dengan cara yang sama seperti pohon yang mempunyai cabang-cabang dan ranting. Dalam menyusun peta konsep otak kiri dan otak kanan dilibatkan. Ketika informasi baru diserap dengan menggunakan peta-peta konsep, kapasiti penyimpanan akan meningkat.Peta konsep atau peta pembelajaran adalah cara dinamik untuk menangkap fakta-fakta utama informasi yang signifikan. Mereka menggunakan format global atau umum, yang memungkinkankan informasi ditujukan dalam cara mirip seperti otak kita berfungsi dalam pelbagi arah secara serentak. Dengan demikian, proses menyajikan dan menangkap isi pelajaran dalam peta-peta konsep mendekati operasi asas dalam berfikir tentang suatu subjek secara global dan memungkinkan keluwesan  pemikiran .

    e.         Projek

    Kaedah projek yang diasaskan oleh John Deney, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Kaedah ini member peluang kepada pelajar untuk menunjukkan kreativiti, imaginasi dan bakat mereka dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh guru mengikut cara mereka sendiri. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna.


    3.         Aktiviti bilik darjah  

    Aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah seperti pembentangan, perbincangan, dan sumbang saran dapat dijadikan sebagai alat pentaksiran melalui pemerhatian oleh guru atau penilaian rakan sebaya.  Untuk tujuan pelaksanaan pentaksiran guru perlu bersedia untuk membuat pemerhatian denganmembuat keputusan tentang jenis tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran yang ingin diperhatikan. Masalah yang mungkin timbul dalam penilaian berdasarkan pemerhatian adalah  unsur  subjektif ketidakadilan.  Masalah ini sebenarnya tidak akan timbul sekiranya tingkahlaku yang ingin diperhatikan diberi definisi secara objektif dan boleh dilihat sebagai ada atau tiada.  Sebagai satu panduan dalam menggunakan kaedah pentaksiran ini, berikut adalah perkara-perkara yang perlu dilakukan ialah dengan memahami asas pemerhatian dan membezakan di antara tingkahlaku yang subjektif dan objektif. Pemerhati juga perlu  membezakan di antara deskripsi dan membuat inferens. Supaya lebih tekal dan sistematik  pemerhati perlu  menyediakan borang pemerhatian untuk merekod kekerapan sesuatu tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran itu timbul.


    4. Ujian kertas pensel.

    Pentaksiran menggunakan alat ujian kertas dan pensel amat popular untuk mendapat maklumbalas atau data mengenai prestasi pelajar. Ujian boleh dibina samada ujian objektif atau ujian subjektif. Penggunaan ujian gemar digunakan oleh penilai kerana ia boleh digunakan dalam jangka masa yang singkat dan mudah dikendalikan. Cabaran utama penggunaan alat ini ialah dalam pembinaan item ujian samada objektif dan subjektif. Soalan-soalan yang dibina perlu berkualiti, menepati sukatan pelajaran dan memenuhi dari aspek kesahan dan keboleh percayaan.
  • Saturday, 15 February 2014

  • Tajuk 2(2): Bentuk Pentaksiran.


    2.2      Bentuk Pentaksiran
    2.2.1   Penilaian Formatif
    • Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
    • Maklumat yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai.
    • Maka guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
    • Guru juga boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.

    2.2.2   Penilaian Sumatif
    • Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir semester.
    • Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan.
    • Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanya dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
    • Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara.

    2.2.3   Autentik

    Pentaksiran autentik menurut Pert (1990) merupakan bentuk penilaian yang berdasarkanpencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah.

    Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadappersekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar.-

    Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkanpelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar,kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.-

    Kepentingan Pentaksiran Autentik dan Pentaksiran Performance BasedAutentik
    -     Menghendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna
    -     Menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan,penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis)

    -     Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melaluipemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan.

    -     Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yangada dalam dunia sebenar.


    -     kurang kepada kertas dan pensel lebih kepada amali, portfolio, persembahan, pemerhatian, penulisan, lisan, pameran dan eksperimen
  • Thursday, 13 February 2014

  • Tajuk 2(1): Bidang pentaksiran


    2.1 BIDANG PENTAKSIRAN DALAM SAINS SEKOLAH RENDAH

    Murid-murid ditaksir pada tiga aspek sukatan pelajaran; pengetahuan, kemahiran,sikap dan nilai  (KSSR Syllabus Handbook, 1993, m.s. 11- 12).  

    2.1.1 Pengetahuan

    Sebagai suatu bidang ilmu,sains menyediakan suatu kerangka untuk muridmurid memahami persekitaran mereka melalui aplikasi prinsip sains dalam kehidupan harian. Pendekatan inkuiri membolehkan murid melakukan penyiasatan pada dunia di  sekeliling mereka. Ini akan menggalakkan murid menjadi kreatif,berfikiran terbuka,toleransi ,mencintai dan menghargai alam sekitar.  
    Pada tahap I sekolah rendah dalam Tahun 1, isi  kandungan dibahagikan kepada dua bahagian: Bahagian A dan B . Pada Tahap II sekolah rendah, tema dibina mengenai manusia dan penerokaan persekitaran.  Lima bidang penyiasatan adalah: 

    i. Alam  Hidupan  

    Persekitaran hidup menyiasat keperluan asas dan proses kehidupan manusia,binatang dan tumbuhan.  
    ii. Alam  Fizikal 
    Alam fizikal menyentuh konsep  ruang dan masa dan fenomena tenaga. 

    iii. Alam Bahan 

    Alam bahan membuat perbandingan antara bahan semulajadi dan bahan buatan manusia . 

    iv. Bumi Dan Alam Semesta 

     Bumi dan alam semesta meneliti bumi dan hubungannya dengan matahari,bulan dan planet-planet lain dalam sistem solar

    v. Dunia Teknologi

    Menyiasat perkembangan teknologi dalam bidang pertanian,komunikasi,pengangkutan dan pembinaan dan sumbangannya dalam kesejahteraan kehidupan manusia.  

    2.1.2 Kemahiran proses dan kemahiran berfikir

    Penguasaan kemahiran proses, kemahiran manipulatif dan kemahiran berfikir adalah ditekankan dalam sukatan PSS (Primary School Science/ Sains Sekolah Rendah). Ketiga-tiga kemahiran tersebut adalah saling berkaitan dengan pemikiran secara kritikal,kreatif  dan analitik . 
    Kemahiran proses sains :
    1)    Memerhati
    2)    Mengkelasan
    3)    Mengukur dan menggunakan nombor
    4)    Membuat inferen
    5)    Membuat ramalan
    6)    Berkomunikasi
    7)    Mengenalpasti hubungan ruang dan masa
    8)    Mengintepretasi data
    9)    Mendefinasi secara operasi,
    10) Mengawal dan memanipulasi pembolehubah 11) Membina hipotesis 12) Mengeksperimen.
    Kemahiran manipulatif adalah kemahiran psikomotor:
    1)    Mengendali,membersih dan menyimpan alat radas sains
    2)    Mengendali secara selamat spesimen hidup
    3)    Melukis secara betul spesinen dan alat. 

    2.1.3 Sikap dan nilai 

    1)    Sifat ingin tahu kepada dunia  disekeliling
    2)    Kejujuran
    3)    Ketepatan dalam merekod dan mengesahkan  data
    4)    Keluwesan dan keterbukaan minda
    5)    Kesabaran
    6)    Kerjasama
    7)    Bertanggungjawab terhadap diri sendiri,orang lain dan alam sekitar
    8)    Bersyukur kepada tuhan

    9)    Menghargai sumbangan sains dan teknologi  


  • Copyright @ 2013 SCE 3111.

    Distributed By Blogger Templates | Designed by Templateism | TechTabloids