5.1
5.1 Objektif Ujian
Dalam pembinaan ujian langkah pertama ialah menentukan
tujuan atau objektif ujian tersebut.
Perkara ini sangat penting kerana ia akan menentukan bagaimana jadual
spesifikasi ujian akan disediakan. Dalam konteks bilik darjah, tujuan ujian
dikelaskan kepada empat iaitu ujian penempatan, ujian diagnostik, ujian
formatif dan ujian sumatif.
Ujian penempatan bertujuan untuk memperoleh maklumat yang
dapat digunakan untuk menempatkan murid dalam kumpulan tertentu. Ujian
diagnostik pula bertujuan untuk menentukan punca masalah supaya langkah
pemulihan dapat diambil dengan segera dan betul. Ujian formatif bertujuan untuk
menentukan kemajuan murid serta tahap penguasaan mereka dalam pelajaran. Ujian
sumatif pula mengukur pencapaian murid pada akhir tahun atau pada akhir sesuatu
kursus untuk tujuan penggredan dan pemeringkatan.
5.2 Tempoh
Masa dan Jenis Ujian
Secara umumnya terdapat dua jenis ujian berdasarkan
tujuan penilaian itu dibuat, iaitu ujian rujukan norma dan ujian rujukan
kriteria. Ujian rujukan norma dijalankan bagi membandingkan pencapaian
seseorang murid dengan murid yang lain dalam satu ujian yang sama. Ujian
rujukan norma biasanya meliputi satu bidang pelajaran yang luas dan selalunya
untuk penilaian sumatif. Ia juga
digunakan untuk mengukur perbezaan pencapaian individu. Ujian ini disediakan menggunakan jadual
spesifikasi ujian serta merangkumi pelbagai tahap kesukaran untuk mendapatkan
diskriminasi maksimum antara calon.
Ujian rujukan kriteria pula digunakan untuk membandingkan
pencapaian dengan kriteria yang ditentukan. Ia lebih tertumpu pada tugas-tugas
pembelajaran yang terhad. Bagi menyediakan ujian ini kriteria secara terperinci
perlu disediakan. Taraf mutlak menentukan peringkat pencapaian calon. Ia
digunakan dalam penilaian formatif iaitu untuk mengukur penguasaan sesuatu
kemahiran. Peringkat kesukarannya hampir sama.
5.2.1 Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian ialah ujian yang digubal
oleh guru bagi mengukur sejauh mana sesuatu kumpulan murid atau seseorang murid
berkenaan telah menguasai sesuatu topik yang telah dipelajari. Ujian pencapaian
boleh dijalankan dalam bentuk membuat perbandingan dengan pelajar lain dalam
sesuatu bilik darjah (rujukan norma) atau membuat rujukan tertentu bagi sesuatu
aras dalam topik (rujukan kriteria) sesebuah dalam kurikulum. Kebanyakan
pembinaan ujian pencapaian serta penskoran adalah berteraskan ujian rujukan
norma. Ujian pencapaian boleh digunakan untuk mengukur aspek pencapaian
akademik, attitud, siasah, minat, sikap dan sebagainya. Ujian pencapaian
akademik dapat mengukur kebolehan, pengetahuan serta kemahiran pelajar dalam
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Ujian ini dibina oleh guru dan pada peringkat
institusi seperti Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Majlis Peperiksaan
Malaysia (MPM). Penggubalan pada peringkat perseorangan dikenali ujian di bilik
darjah. Manakala bagi pencapaian peringkat pusat dikenali sebagai UPSR, PMR,
SPM, STPM dalam sebagainya.
5.2.2 Ujian
Kecerdasan
Ujian kecerdasan dikenali juga ujian mental.
Ujian ini cuba mengukur perbezaan di antara individu. Ujian ini banyak
mengalami perubahan serentak dengan perkembangan bidang psikologi. Sejarah
ujian ini bermula sejak tahun 1796. Ujian ini mula berkembang sejak Galton pada
tahun 1969 apabila beliau cuba mengukur ketajaman deria, gambaran mental serta
pencapaian intelektual di antara pelajar genius. Tokoh-tokoh lain yang turut
terlibat dalam mengukur aspek mental termasuklah Wundt, Cattell d n Binet (Abu
Bakar, 1986). Ujian kecerdasan kanak-kanak terawal ialah skala Binet-Simon.
Bagi kanak-kanak ujian kecerdasan tidak
menekankan aspek kebahasaan. Ujian ini mencerminkan pengalaman pada peringkat
kanak-kanak. Ujian kecerdasan memberikan bukti secara tidak langsung tentang
potensi yang ditunjukkan murid-murid berdasarkan prestasinya. Ujian ini kerap
digunakan untuk membuat telahan pencapaian di sekolah atau institusi pendidikan
tinggi. Contoh ujian kecerdasan lain seperti Ujian IQ, Skala Stanford-Binet,
Weschler, Ujian Lorge-Thorndike dan lain-lain.
5.2.3 Ujian Prestasi
Ujian prestasi memerlukan para pelajar
membuat beberapa tugasan lain sebagai tambahan kepada menjawab soalan.
Penekanan yang diberikan tertumpu kepada kebolehan murid-murid melakukan
sesuatu tugasan yang diberi berbanding hanya menjawab soalan sahaja. Hal ini
kerana maklumat personaliti seseorang tidak bernilai jika dia menyedari bahawa
dia sedang dinilai. Dengan itu dia akan melakukan dengan sebaik yang mungkin.
Dalam konteks ujian prestasi, tidak ada gerak balas boleh dianggap sebagai
`baik’. Misalnya tidak ada ukuran baik atau buruknya minat seseorang itu pada
dunia perladangan. Individu yang berminat boleh meneruskan ladang dan
sebaliknya boleh memilih bidang lain yang bersesuaian dengan minatnya.
Pada umumnya, ujian prestasi adalah rumit.
Guru bebas menggunakan apa sahaja kaedah seperti pemerhatian atau laporan
kendiri untuk mendapatkan maklumat pelajar. Pemerhatian boleh dilaksanakan
semasa murid melaksanakan tugas yang diberikan, misalnya perbincangan kumpulan,
peranan murid dalam aktiviti. Manakala melalui laporan kendiri pelajar sendiri
menilai diri sendiri melalui soal selidik tertentu yang menilai peribadi diri.
5.2.4 Ujian Diagnostik
Ujian ini mengenal pasti sesuatu perkara atau
masalah yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran dan menentukan
punca-punca yang menyebabkan masalah berkenaan berlaku. Pentadbiran ujian ini
bertujuan untuk menentukan kedudukan murid dalam pelajarannya dan mengenal
pasti sebab-sebab berlakunya kelemahan murid dalam pembelajarannya. Apabila
sesuatu sebab dapat dikenal pasti maka tindakan selanjutnya dalam merancang dan
memulihkan keadaan yang berlaku dapat dilaksanakan.
Ciri-ciri ujian diagnostik termasuklah ujian
tidak memberikan skor atau gred kepada murid. Disebabkan ujian ini untuk
memperbaiki kelemahan tertentu, maka ujian ini dilaksanakan pada masa
pengajaran dan pembelajaran masih berjalan bukan pada akhir proses pengajaran
dan pembelajaran. Maklumat daripada ujian dalam ujian ini diterjemahkan dalam
bentuk profil individu berasaskan skor tentang aspek-aspek pembelajaran. Profil
yang dibuat dapat memperlihatkan kepada guru tentang aspek yang belum dikuasai
sepenuhnya oleh murid-murid. Contoh ujian diagnostik seperti ujian menilai
bacaan murid yang bertujuan mengenal pasti kemahiran murid untuk mengenal huruf
dan menyebut huruf.
Ujian ini penting kerana ia dapat mengenal
pasti kelemahan murid dan ini memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan
langkah pemulihan kepada murid-murid berkenaan. Di samping mengadakan secara
formal iaitu melibatkan pensel dan kertas, ujian ini juga boleh dijalankan
secara soal jawab, inventory, pemerhatian dan tugasan dari semasa ke semasa.
5.2.5 Ujian Kecekapan
Ujian kecekapan ialah ujian yang digunakan
oleh seseorang guru untuk menguji kebolehan atau kecekapan seseorang murid atau
calon dalam melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti yang diberikan. Lazimnya
ujian ini melibatkan penggunaan instrumen yang konkrit seperti penggunaan
gambar dan radas serta tidak semata-mata tertumpu kepada aspek bahasa dan
pensel-kertas melainkan sewaktu mendapatkan arahan. Contoh ujian kecekapan
seperti ujian pada peringkat pra-persekolahan dengan meminta murid
mencantum-cantumkan perkataan dengan gambar yang diberikan atau membina semula
gambar dengan lengkap daripada potongan-potongan gambar yang diberi atau
menjalankan uji kaji menggunakan radas tertentu.
5.2.6 Ujian Bakat
Ujian yang dikaitkan dengan aktiviti membuat
telahan ke atas calon. Suatu waktu dahulu bakat dikenal sebagai kebolehan istimewa
semulajadi yang dimiliki oleh seseorang individu. Pada umumnya ujian bakat
dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu: (i) ujian bakat yang berasaskan
kajian secara besar-besaran. Misalnya pada tahun 1930, kajian yang dijalankan
oleh Universiti Minnesota tentang bakat mekanikal; dan (ii) ujian bakat yang
berasaskan kepada tujuan sesuatu ujian itu dijalankan bagi keperluan tertentu.
Pada umumnya, ujian ini memberikan maklumat
asas dalam membuat telahan prestasi masa depan calon. Ujian ini lazimnya
digunakan untuk pemilihan calon melakukan pekerjaan tertentu, kemasukan ke
program latihan, permohonan biasiswa dan sebagainya. Ujian ini juga digunakan
bagi tujuan mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehan
calon atau individu.
5.2.7 Ujian Personaliti
Ujian
personaliti ialah ujian yang disediakan untuk mengenal pasti potensi diri,
personaliti, tahap kemahiran, keupayaan , minat, nilai dan sikap seseorang yang
diukur melalui alat-alat (instrumen psikologi) yang berbentuk ujian, inventori,
indikator dan indeks. Contoh ujian personaliti seperti Ujian Keirsey
Temperament.
0 comments:
Post a Comment