Tuesday, 8 April 2014

  • Tajuk 13: Bentuk Peperiksaan (Peperiksaan Berpusat)


    13.1 Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
    Ujian Penilaian Sekolah Rendah atau Ujian Pencapaian Sekolah Rendah adalah program pengujian yang ditadbir secara berpusat untuk menilai pencapaian kognitif pelajar di akhir sekolah rendah. Peperiksaan ini diambil oleh pelajar di akhir Tahun Enam pendidikan rendah. Objektifnya ialah untuk menilai pencapaian pelajar sekolah rendah dalam kemahiran asas mereka. Ia berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ). UPSR dilapor berdasarkan pencapaian pelajar dalam setiap ujian menggunakan skala lima-mata.

    A
    B
    C
    -
    -
    -
    Sangat Baik
    Baik
    Sederhana
    Pencapaian di atas tahap penguasaan minimum (lulus)


    D
    E
    -
    -
    Lemah
    Sangat Lemah
    Pencapaian di bawah tahap penguasaan minimum (gagal)
    Jadual 3.1 – Skala lima mata untuk penggredan UPSR

    Jadual di atas adalah bertujuan untuk menggred pelajar mengikut pencapaian mere bagi mendapatkan sijil.

    13.2    Struktur /format kertas ujian UPSR Sains
               

    Rajah 13.1Contoh muka depan kertas UPSR Sains

    13.3    Fokus Ujian
                UPSR terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A - 30 soalan objektif Aneka pilihan  dan Aneka gabungan membawa 30 markah(pengetahuan Bahagian A- 30 %) yang ditakbirkan selama 45 minit atau 1 jam 15 minit. Soalan bahagian ini berdasarkan pengetahuan dan kefahaman Sains Tahun 4, 5 dan 6 dari semua tema. Bahagian B mengumpul sebanyak 20 markah (Kemahiran Proses Sains bahagian B- 20%-KPS) mengambil masa selama 30 minit. Soalan berbentuk struktur  dan mengisi tempat kosong.  Bilangan soalan antara 3 ke 5 ransangan dan setiap satu ransangan ada beberapa soalan kecil (a) hingga (f).
    Lima Kemahiran Proses Sains diuji dalam UPSR iaitu Membuat inferens, Meramal, Mengawal pembolehubah, Membuat hipotesis  dan Mentafsir data. 5 KEMAHIRAN MANIPULATIF & 7 KPS DIUJI DALAM PEKA iaitu Memerhati, Mengelas, Mengukur menggunakan nombor, Perhubungan ruang dan masa, Berkomunikasi dan Mendifinasi secara operasi.











    13.4 Implementasi

    Pelaksanaan UPSR mengikut panduan Lembaga Peperiksaan Malaysia yang diedarkan pada awal tahun meliputi sukatan pelajaran sains tahun 4,5 dan 6. Pemantauan dilakaukan secra berterusan oleh pihak Jabatan pelajaran Negeri dan Jabatan Pelajaran Daerah untuk memastikan ujian UPSR dilaksana dan mengikut prosedur yang ditetapkan.
  • 0 comments:

    Post a Comment

    Copyright @ 2013 SCE 3111.

    Distributed By Blogger Templates | Designed by Templateism | TechTabloids