Wednesday, 19 February 2014

  • Tajuk 3: Alat Pentaksiran


    3.0       Alat-alat Pentaksiran


    3.1       Portfolio
    Portfolio pelajar adalah dokumen yang merupakan koleksi bukti-bukti yang disediakan oleh pelajar untuk menunjukkan penguasaan, kefahaman, aplikasi dan sintesis konsep-konsep sains. Pentaksiran menggunakan strategi portfolio mengambil masa yang agak lama namun dapat memberi ruang kepada pelajar untuk mendalaminya. Bagi menyediakan portfolio yang berkualiti pelajar perlu menyusun, sintesis dan menerangkan dengan jelas apa yang telah dipelajari. Oleh itu portfolio merupakan refleksi pelajar keatas proses pembelajaran mereka sendiri.

    Rekod Anekdot


    Satu catatan ringkas tentang satu peristiwa atau tingkah laku murid yangdianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan.

    Anekdot ditulis secara objektif, menerangkan apa yang berlaku, bila dan dimana berlaku.

    Catatan ringkas ini akan membantu guru memahami murid berkenaan.

    Rekod anekdot tidak memerlukan setting, borang atau masa tertentu.

    Panduan Merekod Anekdot


    Buat catatan dalam buku nota bagi memastikan insiden yang akan direkodkantidak tercicir

    Rekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat

    Menulis apa yang dilihat secara objektif

    Masukkan respon orang lain sekiranya ada kaitan dengan tingkah laku muridyang diperhatikan

    Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan

    Maklumat yang direkod hendaklah berpandukan peristiwa yangmenggambarkan perkembangan murid
    CONTOH REKOD ANEKDOT

    Nama: Maria

    Masa: 9.00 pagi

    Tarikh: 20.10.2010

    Tempat: Di luar Kelas

    Pemerhatian:Interpretasi:

    3.2       Sampel kerja pelajar

    Hasil kerja pelajar boleh digunakan sebagai alat pentaksiran. Antara hasil kerja pelajar yang boleh digunakan sebagai bukti pembelajaran pelajar dan dinilai ialah;

    a.         Jurnal

    Jurnal pembelajaran adalah koleksi nota, pemerhatian, pemikiran dan bahan yang relevan dimana telah dibina dalam satu jangka masa tertentu. Jurnal pembelajaran membantu pelajar membuat refleksi pembelajaran dan berpeluang untuk berkomunikasi mengenai proses berfikir tentang apa yang telah dilakukan. Ia adalah bersifat peribadi kepada pelajar berkenaan dan menggambarkan personaliti, kecenderungan dan pengalaman seseorang pelajar.

    b.         Buku Nota

    Bahan-bahan pembelajaran samada yang disampaikan oleh pelajar atau dicari sendiri oleh pelajar dikumpul sebagai nota subjek. Berdasarkan buku nota tersebut penilaian boleh dilakukan dari aspek adakah nota itu lengkap, merangkumi semua topik dan maklumat yang detail. Persembahan nota juga boleh dinilai samada tersusun, menggunakan pengurusan grafik, jelas dan menarik 

    c.         Laporan amali

    Laporan amali adalah satu laporan berformat yang dibuat selepas selesai sesuatu sesi amali atau penyiasatan sains. Kandungan laporan amali adalah terdiri dari tujuaneksperimen, prosedue, keputusan dan perbincangan. Laporan amali berfungsi sebagai alat yang efektif dalam usaha memberi makna kepada apa yang telah dilakukan oleh pelajar semasa sesi amali.


    d.         Peta Konsep 

    Otak manusia boleh diibaratkan sebagai hutan di mana terdapat puluhan ribu pohon dengan ratusan ribu cabang besar, jutaan dahan dan ranting. Peta konsep dibuat dengan cara yang sama seperti pohon yang mempunyai cabang-cabang dan ranting. Dalam menyusun peta konsep otak kiri dan otak kanan dilibatkan. Ketika informasi baru diserap dengan menggunakan peta-peta konsep, kapasiti penyimpanan akan meningkat.Peta konsep atau peta pembelajaran adalah cara dinamik untuk menangkap fakta-fakta utama informasi yang signifikan. Mereka menggunakan format global atau umum, yang memungkinkankan informasi ditujukan dalam cara mirip seperti otak kita berfungsi dalam pelbagi arah secara serentak. Dengan demikian, proses menyajikan dan menangkap isi pelajaran dalam peta-peta konsep mendekati operasi asas dalam berfikir tentang suatu subjek secara global dan memungkinkan keluwesan  pemikiran .

    e.         Projek

    Kaedah projek yang diasaskan oleh John Deney, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Kaedah ini member peluang kepada pelajar untuk menunjukkan kreativiti, imaginasi dan bakat mereka dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh guru mengikut cara mereka sendiri. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna.


    3.         Aktiviti bilik darjah  

    Aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah seperti pembentangan, perbincangan, dan sumbang saran dapat dijadikan sebagai alat pentaksiran melalui pemerhatian oleh guru atau penilaian rakan sebaya.  Untuk tujuan pelaksanaan pentaksiran guru perlu bersedia untuk membuat pemerhatian denganmembuat keputusan tentang jenis tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran yang ingin diperhatikan. Masalah yang mungkin timbul dalam penilaian berdasarkan pemerhatian adalah  unsur  subjektif ketidakadilan.  Masalah ini sebenarnya tidak akan timbul sekiranya tingkahlaku yang ingin diperhatikan diberi definisi secara objektif dan boleh dilihat sebagai ada atau tiada.  Sebagai satu panduan dalam menggunakan kaedah pentaksiran ini, berikut adalah perkara-perkara yang perlu dilakukan ialah dengan memahami asas pemerhatian dan membezakan di antara tingkahlaku yang subjektif dan objektif. Pemerhati juga perlu  membezakan di antara deskripsi dan membuat inferens. Supaya lebih tekal dan sistematik  pemerhati perlu  menyediakan borang pemerhatian untuk merekod kekerapan sesuatu tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran itu timbul.


    4. Ujian kertas pensel.

    Pentaksiran menggunakan alat ujian kertas dan pensel amat popular untuk mendapat maklumbalas atau data mengenai prestasi pelajar. Ujian boleh dibina samada ujian objektif atau ujian subjektif. Penggunaan ujian gemar digunakan oleh penilai kerana ia boleh digunakan dalam jangka masa yang singkat dan mudah dikendalikan. Cabaran utama penggunaan alat ini ialah dalam pembinaan item ujian samada objektif dan subjektif. Soalan-soalan yang dibina perlu berkualiti, menepati sukatan pelajaran dan memenuhi dari aspek kesahan dan keboleh percayaan.
  • 0 comments:

    Post a Comment

    Copyright @ 2013 SCE 3111.

    Distributed By Blogger Templates | Designed by Templateism | TechTabloids