5.3 Taksonomi
Bloom
Taksonomi ialah
kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma
berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. Dalam bidang
pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisis
bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang
melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, sikap dan psikomotor. Terdapat
tiga domain dalam pendidikan iaitu yang pertama domain kognitif yang melibatkan
pemikiran pelajar yang menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan,
pengertian, dan ketrampilan berfikir. Domain afektif pula melibatkan
perkembangan sikap, perasaan ,emosi, nilai pelajar seperti minat, sikap,
apresiasi dan cara penyesuaian diri. Seterusnya adalah domain psikomotor yang melibatkan
perkembangan kemahiran fizikal pelajar.
Domain Kognitif
Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai elemen di dalam
pentaksiran. Ia pertama kali diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom pada tahun
1959. Taksonomi di dalam konsep ini bermaksud cabang kognitif iaitu elemen yang
melibatkan otak dan pemikiran manusia.
5.3.1 Domain
Taksonomi Bloom
Domain taksonomi
Bloom menitik beratkan aspek kognitif atau pengetahuan. Taksonomi ini bercorak
hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi.
Terdapat enam
elemen dalam domain kognitif Taksonomi Bloom. Elemen – elemen tersebut pula
telah dibahagikan kepada dua aras pemikiran iaitu pemikiran aras rendah dan
pemikiran aras tinggi. Berikut adalah hierarki Taksonomi Bloom berdasarkan apa
yang telah dinyatakan oleh Benjamin S Bloom.
Rajah
1 : hierarki Taksonomi
Bloom
5.3.2 Elemen-elemen
dalam Aras Taksonomi Bloom
Elemen pertama
adalah aras pengetahuan iaitu aras taksonomi yang paling rendah. Aras ini
menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau
pengetahuan yang telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras
pengetahuan ini iaitu yang pertama pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan
istilah berbentuk perkataan atau simbol. Aras yang kedua adalah pengetahuan
tentang proses, aliran, pemeringkatan, pengkelasan, teknik atau prosedur
tertentu dalam menyelesaikan masalah. Aras yang ketiga adalah pengetahuan
tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang
contohnya seperti siapa, apa, di mana, bila dan bagaimana. Ciri-ciri khusus
soalan aras pengetahuan ini ialah murid perlu menggunakan proses mental untuk
mengingat semula apa yang telah dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip dan
prosedur bergantung kepada apa yang telah diajar oleh guru di dalam kelas.
Elemen yang kedua
ialah aras kefahaman. Aras ini memerlukan keupayaan murid memberi huraian atau
makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga iaitu yang
pertama penterjemahan yang memerlukan murid menerangkan makna tanpa menggubah makna asal. Yang kedua adalah
mentafsir atau intepretasi iaitu mentafsir idea dan menerangkan idea atau
maksud tersurat dalam ayat sendiri. Manakala yang ketiga adalah ekstrapolasi
iaitu membuat ramalan tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan
berdasarkan maklumat yang diberi. Ciri-ciri soalan bagi aras kefahaman adalah
seperti membuat interpretasi mudah dan menunjukkan bukti kefahaman dan dapat
menggunakan ayat dan maklumat untuk diubah kepada bentuk yang baru.
Perkataan yang sering
digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini adalah seperti jelaskan,
huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan dan kelaskan.
Elemen yang ketiga
adalah aras aplikasi. Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep,
teori, prinsip, hukum dan prosedur. Aras ini memerlukan murid benar-benar
memahami segala konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan masalah. Soalan aras
aplikasi biasanya memerlukan penggunaan proses aplikasi mental. Soalan aras ini
biasanya melibatkan tiga frasa. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan
bagi aras ini adalah seperti selesaikan, tunjukkan dan susunkan.
Elemen yang
berikutnya adalah aras analisis. Aras ini mengkehendaki murid untuk memecahkan
sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara
unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenalpasti unsur – unsur
dan struktur. Jenis-jenis aras analisis adalan yang pertama aras analisis unsur
iaitu memerlukan murid menentukan unsur-unsur. Murid juga perlu mencari bukti
untuk menyokong unsur yang sedia ada. Aras kedua adalah analisis hubungan iaitu
membuat perkaitan bukti dan hipotesis. Dan yang ketiga adalah aras analisis
prinsip iaitu murid perlu mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang
digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan menganalisis tujuan, pandangan dan
pendirian. Ciri-ciri soalan aras analisis ialah soalan tersebut menggunakan
proses mental analisis dan memerlukan pemahaman perhubungan khasnya dengan
memecahkan kepada komponen dan melihat perkaitan antara komponen.
Elemen yang kelima
adalah aras sintesis. Aras ini memerlukan keupayaan murid untuk menggabungkan
sesuatu struktur yang lebih jelas. Kategori soalan bagi aras sintesis ini
penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu komunikasi dimana murid
cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada orang lain.
Contohnya kebolehan menulis dengan susunan dan gaya yang menarik untuk
menyampaikan buah fikiran. Kategori yang kedua adalah penghasilan suatu
rancangan atau pelan operasi dan yang ketiga adalah kategori membina suatu
hubungan yang abstrak. Ia melibatkan kebolehan membina atau membangunkan set
hubungan yang abstrak seperti teori, hipotesis untuk menghuraikan sesuatu
fenomena atau mengklasifikasikan fakta. Contohya kebolehan membuat deduksi
berdasarkan maklumat yang diberikan dan dapat membuat suatu teori daripada data
atau faktor yang diberi.
Elemen yang
terakhir adalah aras penilaian. Aras ini menguji keupayaan murid menilai
sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu membuat
pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu
idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti
tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri khusus aras
penilaian ini adalah murid perlu membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu
bahan, idea, kaedah bagi sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan
sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria. Pertimbangan
dalam penilaian juga dikategorikan kepada dua iaitu pertimbangan dari segi
bukti dalaman iaitu menilai ketepatan sesuatu, menggunakan bukti-bukti logik,
ketekalan dan lain-lain. Contoh kebolehan menunjukkan kesilapan-kesilapan dari
segi logik dalam sesuatu hujah yang dikemukakan oleh seseorang. Kategori kedua
adalan pertimbangan dari segi kriteria luaran iaitu penilaian bahan yang merujuk
kepada beberapa kriteria yang dipilih atau yang diingati. Contohnya
perbandingan mengenai teori-teori utama, generaliasasi dan fakta mengenai
kebudayaan tertentu.
Rumusan
Taksonomi Bloom
menghuraikan aras yang terdapat dalam domain kognitif yang melibatkan
perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan,
pengertian, dan ketrampilan berfikir. Domain kognitif ini mengandungi enam
elemen yang terdiri dariapda dua aras iaitu aras pemikiran mudah dan aras
pemikiran tinggi. Elemen tersebut adalah pengetahuan, pemahaman, aplikasi,
analisis, sintesis dan penilaian. Elemen
ini disusun secara menaik mengikut aras pemikiran iaitu dari aras mudah kepada
aras pemikiran tinggi.
0 comments:
Post a Comment