Wednesday, 26 March 2014

  • Tajuk 10: Pentadbiran Ujian



    PENTADBIRAN UJIAN
                 
    Ujian dilaksanakan dengan tujuan untuk mengukur pencapaian seorang murid atau sekumpulan murid. Kadang-kadang ujian berkenaan dianggap bermutu tetapi gagal dalam mendapatkan maklumat yang diperlukan oleh guru atau pihak berkenaan.
                Setelah item digubal dengan sempurna dan menepati keperluan sesuatu matlamat atau objektif penilaian, maka langkah seterusnya adalah mentadbir ujian kepada murid. Dalam usaha menjamin keboleh percayaan sesuatu ujian beberapa aspek perlu diikuti. Antara aspek-aspek tersebut ialah:
    ·         Keselamatan dan kerahsiaan ujian
    ·         Perlantikan pengawas ujian
    ·         Persediaan tempat ujian
    ·         Persediaan kertas ujian
    ·         Prosedur

    LANGKAH-LANGKAH DALAM PENTADBIRAN UJIAN

    Langkah-langkah pentadbiran sesuatu ujian pada umumnya meliputi tiga peringkat yang utama iaitu peringkat persediaan, peringkat pelaksanaan dan peringkat penyelesaian.

    Peringkat Persediaan

    Peringkat sebelum ujian dijalankan. Langkah ini meliputi penyemakan bilangan kertas soalan ujian yang telah disediakan. Sebelum ujian bermula, tempat duduk calon hendaklah disusun mengikut peraturan ujian, demi mengurangkan kesempatan calon meniru di antara mereka. Di samping itu, tempat hendaklah cukup selesa untuk calon menulis jawapan masing-masing. Segala kemudahan yang diperlukan seperti jam dinding, pelan kedudukan calon, gunting, benag dan alatalat ujian yang lain hendaklah juga disediakan sebelum ujian bermula.

    Peringkat Pelaksanaan

    Bermula dari masa calon masuk bilik ujian hingga masa tamat ujian. Apabila semua calon telah masuk bilik ujian, biasanya 15 minit sebelum ujian bermula, dan semuanya telah berada di tempat masing-masing, kertas soalan dan kertas menulis akan diedarkan oleh pengawas-pengawas. Sebelum calon mula menjawab soalan, arahan hendaklah diberikan dengan jelas oleh ketua pengawas. Semasa ujian dijalankan, pengawas-pengawas hendaklah mengawal calon-calon dengan rapi supaya kes kecurangan tidak akan berlaku. Di samping itu, pengawas juga hendaklah menyemak identiti calon serta angka giliran mereka. Ketua pengawas hendaklah memberitahu calon tentang masa ujian lima belas minit sebelum ujian itu berakhir. Ketua pengawas hendaklah juga memberi arahan kepada semua calon supaya berhenti menulis apabila ujian berakhir.

    Peringkat Penyelarasan

    Meliputi kerja mengutip skrip-skrip jawapan calon mengikut angka giliran dan kertas-kertas bertulis yang tidak lagi digunakan oleh calon masing-masing. Semua kertas jawapan hendaklah disemak untuk memastikan bilangan yang telah dikutip adalah betul. Calon-calon hanya dibenarkan meninggalkan bilik ujian selepas bilangan kertas-kertas jawapan telah dikira. Kerja dalam peringkat penyelarasan ini akan berakhir apabila kertas-kertas jawapan calon telah dibalut dan selamat diserahkan kepada pemeriksa yang berkenaan.


    Penyemakan Kertas  Ujian
    Selepas ujian dijalankan dan kertas jawapan dikutip maka guru akan melaksanakan tugas seterusnya, iaitu memeriksa skrip jawapan. Beberpa perkara yang perlu diambil kira dalam memeriksa skrip jawapan adalah dari aspek bentuk ujian yang diberikan kepada pelajar dan jawapan yang disediakan oleh pelajar sama ada dalam kertas objektif yang disediakan atau dalam bentuk esei. Bagi jawapan dalam bentuk soalan objektif, adalah mudah bagi guru memeriksa iaitu dengan cara menebuk kertas jawapan ‘master’ dan seterusnya menanda pada skrip jawapan pelajar. Bagi yang menggunakan kertas jawapan OMR pula adalah lebih mudah dengan hanya memproses melalui mesin khusus memproses kertas jawapan OMR. Sebaliknya soalan yang berbentuk esei  atau karangan pula memerlukan guru memeriksa dengan teliti dan tidak boleh disemak oleh sesiapa saja berbanding dengan skrip objektif. Lazimnya pemeriksaan jawapan esei pelajar  memerlukan yang pakar dalam sesuatu mata pelajaran berkenaan.

                Selain itu, objektif sesuatu ujian berkenaan itu dilaksanakan turut menentukan kriteria pemeriksaan skrip jawapan. Bagi ujian yang ingin mendapatkan maklumat berhubung tahap penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran sudah tentu memerlukan guru memeriksa dengan segera agar dapat digunakan bagi tujuan memperbaiki pengajaran dan pemb elajaran. Dalam proses memeriksa skrip jawpaan, guru juga mungkin berjhadapan dengan kekangan atau prosedur tertentu yang wajar dipatuhi. Keadaan ini sedikit sebanyak mempengaruhi pemeriksaan sesuatu kertas jawapan. Justeru, guru perlulah mendapatkan tempat yang sesuai  bagi mengelakkan berlakunya gangguan dalam memberikan markah pelajar.


                Dalam memberikan markah pelajar, kekadang guru mengambil masa yang begitu lama untuk memproses. Keadaan ini menimbulkan rasa risau dalam kalangan murid dan menimbulkan rasa tidak puas hati dengan gred yang diperolehi. Keadaan ini menunjukkan betapa guru dan murid amat memberikan perhatian berhubung dengan penyemakan skrip jawapan peperiksaan atau pemarkahan. Pelajar sememangnya mengambil berat dengan gred yang diperolehi berbanding dengan kemahiran yang diperolehi oleh mereka. Maka tidak kurang juga sebilangan guru mungkin mengambil langkah yang salah hasil daripada maklumat yang diperolehi daripada ujian atau peperiksaan yang dijalankan. Jika hal ini terjadi maka ini merupakan suatu tindakan yang tidak bijak atau langkah yang silap diambil. Apa yang harus dilakukan ialah guru perlu menggunakan maklumat yang diperoleh bagi meningkatkan  pencapaian murid pada masa hadpan dengan memberikan kelas-kelas pemulihan atau aktiviti tambahan kepada murid
  • 0 comments:

    Post a Comment

    Copyright @ 2013 SCE 3111.

    Distributed By Blogger Templates | Designed by Templateism | TechTabloids