Men love to wonder, and that is the seed of science!

Monday, 31 March 2014

  • Tajuk 11: Analisis Skor Ujian



    ANALISIS ITEM

    Analisis item adalah pelaksanaan proses bagi menentukan item yang dibina mencapai sesuatu piawaian atau kriteria yang telah ditetapkan. Terdapat beberapa kegunaan analisis item, iaitu yang pertama menentukan sama ada sesuatu item itu berfungsi seperti yang diharapkan. Untuk tujuan ini , item tersebut boleh dinilai sama ada item ini mengukur objektif pengajaran yang diharapkan, mempunyai aras kesukaran yang sesuai, boleh membezakan pelajar yang dapat menguasai dengan yang tidak dapat menguasai objektif pengajaran, mempunyai kekunci item (pilihan jawapan) yang betul dan mempunyai penggannggu yang berfungsi.
                Kegunaan analisis item yang kedua ialah memberikan maklum balas kepada pelajar tentang prestasi mereka bagi setiap item yang dimarkat. Dengan mengetahui jawapan yang betul, “aras kesukaran” dan ‘indeks diskriminasi’ pelajar berkenaan akan menunjukkan prestasinya bagi satu item. Dia boleh mengetahui adakah item tersebut sukar atau mudah berdasarkan nilai indeks aras kesukaran dan adakah item tyersebut diskriminatif berdasarkan nilai indeks diskriminasi. Pelajar juga boleh mengetahui jawapan yang betul sekiranya dia membuat salah pada mana-mana item.
                Kegunaan analisis item seterusnya adalah sebagai maklum balas kepada guru tentang kesukaran pelajar. Maklumat tentang aras kesukaran item atau peratus bilangan pelajar yang mendapat “betul” bagi satu item adalah penting kepada guru untuk menentukan perlunya pengajaran tambahan atau pemulihan.
                Kegunaan keempat adalah bagi meningkatkan kemampuan kurikulum. Misalnya , jika sesuatu item itu berulang kali didapati sukar oleh pelajar atau satu bentuk kesalahan sama dilakukanya, mungkin ini bukan masalah pengajaran atau pembelajaran tetapi mungkin disebabkan maslah kurikulum yang tidak sesuai dengan peringkat umur pelajar. Sebarang keputusan ujian tidak akan memberikan gambaran yang lengkap tentang pencapaian objektif sesuatu kurikulum.
                Kegunaan analisis item yang kelima adalah untuk menyemak semula item. Maklumat tentang gerak balas pelajar terhadap sesuatu item boleh digunakan untuk menyemak semula item tersebut. Item berkenaan boleh digunakan semula dalam ujian yang akan datang. oleh itu jika setiap kali ujian diberikan, ini bermakna sebahagian kecil item akan disemak dan akhirnya keseluruhan kualiti ujian akan dipertingkatkan. Adalah lebih menjimatkan masa untuk menyemak semula item yang lama daripada membina item yang baru.
                Kegunaan terakhir adalah untuk menilai mutu item. Melalui analisis item, guru boleh mempertingkatkan kemahiran menulis item ujian. Melalui aktiviti ini juga , guru dapat menilai mutu item yang ditulus selepas setiap kali dilakukanj analisis item.

    INDEKS KESUKARAN (IK)
    Salah satu pengukuran yang digunakan ialah indeks kesukaran (p). Indeks ini ditentukan dengan nisbah calon yang mendapat jawapan betul bagi sesuatu item dan dinyatakan dalam persamaan berikut:

    Bilangan calon yang menyatakan jawapan yang betul bagi
               p =                    item x____________________________
    Bilangan calon yang menjawab item x

                Nilai bagi p adalah di antara 0.00 hingga 1.00. Item yang mudah mempunyai nilai p yang besar dan sebaliknya sesuatu item yang sukar nilai p adalah kecil. Walaubagaimanapun, didapati bahawa item terlalu mudah (apabila nilai p lebih daripada 0.85) atau item itu terlalu sukar (apabila p kurang daripada 0.15) tidak akan memberikan maklumat psikometrik yang berguna.


    IK ialah satu petunjuk mengenai kesukaran sesuatu item.






    Tafsiran IK
    Nilai p
    Aras Kesukaran
    0.61 hingga 0.80
    Item mudah
    0.36 hingga 0.60
    Item sederhana
    0.20 hingga 0.35
    Item sukar

    Contoh:
    l  Item A yang direspons betul oleh 80 daripada 100 orang murid, indeks kesukarannya ialah 80% atau 0.8.
    l  Item B yang direspons betul oleh 30 daripada 100 orang murid, indeks kesukarannya ialah 30% atau 0.3.
    l  Item B lebih sukar daripada Item A

    Indeks kesukaran juga boleh ditakrifkan sebagai peratusan pelajar yang menjawab dengan betul. Lagi besar peratusan jawapan betul yang diperolehi lagi mudahlah sesuatu item. Lagi tinggi peratusan itemkesuakaran lagi mudahlah item tersebut.





    INDEKS DISKRIMINASI ITEM (ID)

    Jika sesuatu ujian dan sesuatu item mengukur perkara yang sama, seseorang akan menganggap mereka yang boleh menjawab dalam ujian tersebut akan menjawab dengan baik atau betul bagi item tersebut dan jika mereka yang gagal menjawab ujian tersebut akan turut gagal dalam menjawab item tersebut.
    Indeks diskriminasi item dapat membezakan murid berpencapaian rendah daripada murid berpencapaian tinggi. Item yang mempunyai keupayaan diskriminasi yang baik adalah jika item tersebut dapat dijawab oleh kebanyakan murid yang mempunyai pencapaian tinggi.
    Indeks diskriminasi ialah pekali korelasi yang mengaitkan skor ujian (data selanjar) dengan skor setiap opsyen bagi sesuatu item berkenaan.
                                   
    ID ialah satu petunjuk mengenai keupayaan suatu item mengasingkan CPT dan CPR









    Tafsiran ID











    JAWAPAN SALAH/ DISTRAKTOR (Indeks Diskriminasi Pengganggu)




    Indeks Kesukaran Pengganggu
     
     









  • Wednesday, 26 March 2014

  • Tajuk 10: Pentadbiran Ujian



    PENTADBIRAN UJIAN
                 
    Ujian dilaksanakan dengan tujuan untuk mengukur pencapaian seorang murid atau sekumpulan murid. Kadang-kadang ujian berkenaan dianggap bermutu tetapi gagal dalam mendapatkan maklumat yang diperlukan oleh guru atau pihak berkenaan.
                Setelah item digubal dengan sempurna dan menepati keperluan sesuatu matlamat atau objektif penilaian, maka langkah seterusnya adalah mentadbir ujian kepada murid. Dalam usaha menjamin keboleh percayaan sesuatu ujian beberapa aspek perlu diikuti. Antara aspek-aspek tersebut ialah:
    ·         Keselamatan dan kerahsiaan ujian
    ·         Perlantikan pengawas ujian
    ·         Persediaan tempat ujian
    ·         Persediaan kertas ujian
    ·         Prosedur

    LANGKAH-LANGKAH DALAM PENTADBIRAN UJIAN

    Langkah-langkah pentadbiran sesuatu ujian pada umumnya meliputi tiga peringkat yang utama iaitu peringkat persediaan, peringkat pelaksanaan dan peringkat penyelesaian.

    Peringkat Persediaan

    Peringkat sebelum ujian dijalankan. Langkah ini meliputi penyemakan bilangan kertas soalan ujian yang telah disediakan. Sebelum ujian bermula, tempat duduk calon hendaklah disusun mengikut peraturan ujian, demi mengurangkan kesempatan calon meniru di antara mereka. Di samping itu, tempat hendaklah cukup selesa untuk calon menulis jawapan masing-masing. Segala kemudahan yang diperlukan seperti jam dinding, pelan kedudukan calon, gunting, benag dan alatalat ujian yang lain hendaklah juga disediakan sebelum ujian bermula.

    Peringkat Pelaksanaan

    Bermula dari masa calon masuk bilik ujian hingga masa tamat ujian. Apabila semua calon telah masuk bilik ujian, biasanya 15 minit sebelum ujian bermula, dan semuanya telah berada di tempat masing-masing, kertas soalan dan kertas menulis akan diedarkan oleh pengawas-pengawas. Sebelum calon mula menjawab soalan, arahan hendaklah diberikan dengan jelas oleh ketua pengawas. Semasa ujian dijalankan, pengawas-pengawas hendaklah mengawal calon-calon dengan rapi supaya kes kecurangan tidak akan berlaku. Di samping itu, pengawas juga hendaklah menyemak identiti calon serta angka giliran mereka. Ketua pengawas hendaklah memberitahu calon tentang masa ujian lima belas minit sebelum ujian itu berakhir. Ketua pengawas hendaklah juga memberi arahan kepada semua calon supaya berhenti menulis apabila ujian berakhir.

    Peringkat Penyelarasan

    Meliputi kerja mengutip skrip-skrip jawapan calon mengikut angka giliran dan kertas-kertas bertulis yang tidak lagi digunakan oleh calon masing-masing. Semua kertas jawapan hendaklah disemak untuk memastikan bilangan yang telah dikutip adalah betul. Calon-calon hanya dibenarkan meninggalkan bilik ujian selepas bilangan kertas-kertas jawapan telah dikira. Kerja dalam peringkat penyelarasan ini akan berakhir apabila kertas-kertas jawapan calon telah dibalut dan selamat diserahkan kepada pemeriksa yang berkenaan.


    Penyemakan Kertas  Ujian
    Selepas ujian dijalankan dan kertas jawapan dikutip maka guru akan melaksanakan tugas seterusnya, iaitu memeriksa skrip jawapan. Beberpa perkara yang perlu diambil kira dalam memeriksa skrip jawapan adalah dari aspek bentuk ujian yang diberikan kepada pelajar dan jawapan yang disediakan oleh pelajar sama ada dalam kertas objektif yang disediakan atau dalam bentuk esei. Bagi jawapan dalam bentuk soalan objektif, adalah mudah bagi guru memeriksa iaitu dengan cara menebuk kertas jawapan ‘master’ dan seterusnya menanda pada skrip jawapan pelajar. Bagi yang menggunakan kertas jawapan OMR pula adalah lebih mudah dengan hanya memproses melalui mesin khusus memproses kertas jawapan OMR. Sebaliknya soalan yang berbentuk esei  atau karangan pula memerlukan guru memeriksa dengan teliti dan tidak boleh disemak oleh sesiapa saja berbanding dengan skrip objektif. Lazimnya pemeriksaan jawapan esei pelajar  memerlukan yang pakar dalam sesuatu mata pelajaran berkenaan.

                Selain itu, objektif sesuatu ujian berkenaan itu dilaksanakan turut menentukan kriteria pemeriksaan skrip jawapan. Bagi ujian yang ingin mendapatkan maklumat berhubung tahap penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran sudah tentu memerlukan guru memeriksa dengan segera agar dapat digunakan bagi tujuan memperbaiki pengajaran dan pemb elajaran. Dalam proses memeriksa skrip jawpaan, guru juga mungkin berjhadapan dengan kekangan atau prosedur tertentu yang wajar dipatuhi. Keadaan ini sedikit sebanyak mempengaruhi pemeriksaan sesuatu kertas jawapan. Justeru, guru perlulah mendapatkan tempat yang sesuai  bagi mengelakkan berlakunya gangguan dalam memberikan markah pelajar.


                Dalam memberikan markah pelajar, kekadang guru mengambil masa yang begitu lama untuk memproses. Keadaan ini menimbulkan rasa risau dalam kalangan murid dan menimbulkan rasa tidak puas hati dengan gred yang diperolehi. Keadaan ini menunjukkan betapa guru dan murid amat memberikan perhatian berhubung dengan penyemakan skrip jawapan peperiksaan atau pemarkahan. Pelajar sememangnya mengambil berat dengan gred yang diperolehi berbanding dengan kemahiran yang diperolehi oleh mereka. Maka tidak kurang juga sebilangan guru mungkin mengambil langkah yang salah hasil daripada maklumat yang diperolehi daripada ujian atau peperiksaan yang dijalankan. Jika hal ini terjadi maka ini merupakan suatu tindakan yang tidak bijak atau langkah yang silap diambil. Apa yang harus dilakukan ialah guru perlu menggunakan maklumat yang diperoleh bagi meningkatkan  pencapaian murid pada masa hadpan dengan memberikan kelas-kelas pemulihan atau aktiviti tambahan kepada murid
  • Sunday, 23 March 2014

  • Tajuk 9: Pengskoran Pentaksiran



    PENSKORAN RUBRIK
                Skema penskoran rubrik merupakan skema yang dibuat oleh guru atau penilai sebagai panduan untuk menganalisis hasil atau proses yang dilakukan oleh pelajar.

    Kegunaan pengskoran rubrik:

     1.        Diperlukan untuk menilai penguasaan subjek atau aktiviti yang dilakukan oleh murid.
    2.         Digunanakan sebagai panduan untuk menilai sampel yang dibuat oleh pelajar.
    3.         Juga digunakan untuk menilai aktiviti kumpulan, projek dan juga pembentangan lisan oleh pelajar.
    4.         Kegunaanya bergantung kepada tujuan penilaian bukannya bergantung kepada aras gred atau subjek.

    Pengskoran rubrik menyediakan panduan pada setiap aras yang diperlukan untuk menilai pelajar. Panduan penialain ini membolehkan pelajar memahami mengapa mereka mendapat sesuatu markah dan mereka perlu mempertingkatkan pencapaian mereka di masa hadapan.
                                                               
    Kelebihan pengskoran rubrik:

    1:  Menyokong peperiksaan di mana spesifik kriteria telah dicapai.
    2: Menyediakan maklumbalas kepada pelajar bagaimana mereka boleh meningkatkan pencapaian mereka.

    PENGSKORAN HOLISTIK

    Skema pemarkahan yang disediakan secara umum sebagai panduan. Skema ini sesuai bagi pemarkahansoalan berbentuk karangan atau esei.  Pemarkahan diberi berdasarkan impression.  Pemarkahan secara holistik memerlukan pemeriksa terlebi dahulu secara keseluruhan jawapan yang diberikan oleh murid dan kemudian mengelaskan atau menelompokkan pencapaian mengikut kelompok pencapaian ikut kumpulan atau kelompok pencapaian sebelum menganggarkan pemberian markah keseluruhan bagi sesuatu soalan.  Murid bebas memberikan jawapan asalkan tidak menyeleweng daripada kehendak soalan.  Pemeriksaan secara holistik ini memerlukan pemeriksa atau guru yang berpengalaman dan benar-benar menguasai bidang atau mata pelajaran berkenaan.

    Contoh skema pemarkahan secara holistik :

    Skema pemarkahan secara holistik.

    Markat
    Kriteria
    5
    Cemerlang-menguasai semua objektif serta dapat berhujah dengan baik dan berkesan.
    4
    Baik-menguasai kebanyakan objektif dan dapat memberikan hujah dengan baik dan berkesan.
    3
    Memuaskan- menguasai hampir sebahagian besar objektif dan memberikan hujah dengan memuaskan.
    2
    Lemah – Menguasai sebahagian kecil objektif dan hujah yang diberikan tidak memuaskan.
    1
    Kurang memuaskan – belum menguasai sebarang objektif dan hujah adalah lemah.
    0
    Gagal – gagal memberikan sebarang jawapan dan hujah amat lemah.

                Skema pemarkahan secara holistik mempunyai kelebihan dari segi pemeriksaan kertas jawapan yang lebih cepat berbanding cara analitis.  Walaupun begitu cara pemarkahan sebegini kurang objektif.  Langkah meningkatkan keobjektifan dapat dilaksanakan melalui mesyuarat penyelarasan atau pemurnian markat antara guru berkenaan.  Dalam mesyuarat berkenaanketua bagi pemeriksaan skrip peperiksaan akan memberikan panduan memeriksa skrip jawapan diikuti dengan latihan tertentu.

    PENGSKORAN ANALITIK

    Pemarkahan secara analitik lebih terperinci daripada holistik.  Ia mengandungi nilai tara isi kandungan, pengelolaan dan proses yg lebih khusus.  Misalnya penentuan pemberatan jawapan, banyaknya fakta serta kualiti hujah yang diberikan untuk pertimbangan, layak diberikan markat penuh, dan agihan markat berdasarkan aspek seperti markat untuk isi, persembahan, bahasa ataupun isi mengikut fakta.
               






    Contoh skema pemarkahan analitik :

    Kriteria
    Aras Pencapaian
    Bilangan sumber
    0 - 4
    5 - 9
    10 - 12
    Ketepatan isi
    Tidak ada isi yang tepat
    Sedikit isi yang tepat
    Banyak isi yang tepat
    Organisasi
    Tidak dapat menyatakan sumber maklumat diperolehi
    Sukar menyakatan sumber maklumat diperlehi
    Senang menyatakan sumber maklumat diperolehi
    Bibliografi
    Bibliografi mengandungi sedikit maklumat yang relevan
    Bibliografi mengandungi banyak maklumat yang relevan
    Bibliografi mengandungi kesemua maklumat yang relevan

    Pemarkahan secara analitik lebih objektif berbanding dengan holistik. Hal ini disebabkan skemanya yang lebih terperinci. Walaupun begitu pemarkahan begini akan mengambil masa yang lama lebih-lebih lagi sekiranya bilangan calon yang ramai.
                Bagi meningkatkan keberkesanan pemeriksaan soalan berbentuk esei, langkah yang boleh anda lakukan sebagai seorang guru adalah dengan cara:
    1.         Memahami kehendak soalan. Pemeriksa perlu benar-benar memahami kehendak soalan.
    2.         Menyediakan skema pemarkahan. skema harus fleksibel, iaitu boleh ditokok tambah dan dibaiki apabila meninjau tindak balas calon. Murid mungkin memberikan jawapan yang tidak terdapat dalam skema tetapi idea itu boleh diterima.
    3.         Mengadakan penyelarasan sebelum peperiksaan.
    4.         Memeriksa beberapa skrip jawapan murid terlebbih dahulu.
    5.         Memeriksa jawapan hingga selesai.
    6.         Mengelak daripada mengenali nama murid.

    7.         Memberikan ulasan pada kertas jawapan.
  • Tuesday, 18 March 2014

  • Tajuk 8: Pembinaan Ujian Subjektif



    8.1       Definisi

    Item subjektif merupakan satu pernyataan bersifat pertanyaan dalam instrumen pentaksiran untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif pelajar calon melalui respon secara tulisan.

    8.2       Kata Tugas

    Kata tugas atau kosa kata ini bermaksud arahan yang terdapat di dalam tugasan yang diberikan untuk pelajar memberi respon.  Kegagalan menggunakan kata tugas yang sesuai menyebabkan pelajar gagal memberi respon yang dikehendaki oleh tugasan dan seterusnya mengganggu proses penilaian guru.

    Bil
    Kata Tugas
    Respon Yang Diharapkan
    1.
    Apakah
    Memberi maklumat yang khusus.
    2.
    Anggarkan
    Memberikan nilai kuantitatif yang dianggap sesuai dengan jangkaan.
    3.
    Analisiskan
    Membuat pernyataan terperinci tentang sesuatu aspek atau perkara.
    4.
    Bandingkan
    Menyatakan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih item.
    5.
    Bincangkan
    Perkongsian bersama mengenai sesuatu perkara.
    6.
    Bezakan
    Menyatakan kelainan, ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara.
    7.
    Berikan Justifikasi
    Membuat rumusan setelah semua pertimbangan diambil kira.





    8.3       Jenis Item Esei

    Item jenis ini paling digemari oleh guru kerana senang disediakan berbanding dengan item objektif. Namun begitu permasalahan timbul untuk memarkatkan markah, adalah guru menggunakan skema tertentu atau model jawapan untuk membuat pertimbangan ketika member markah. Banyak pendapat mengatakan bahawa item esei lebih baik berbanding ujian objektif kerana boleh memberikan petunjuk sebenar pencapaian pelajar. Pelajar perlukan pengetahuan yang mencukupi bagi membolehkan mereka menghubungkan fakta, konsep dan prinsip untuk membentuk idea yang mantap. Keupayaan ini membolehkan item esei ini mengukur idea pelajar yang lebih komplek.


    8.3.1   Item Gerakbalas Terhad

    Item ini menghadkan isi dan bentuk jawapan calon, isi biasanya dihadkan melalui skop topik yang disoal, panjang gerak balas yang diperlukan ditentukan oleh cara soalan dikemukakan. Untuk menghadkan gerak balas jawapan calon ini, suatu ruangan terhad sahaja diperuntukkan di dalam kertas soalan. Namun begitu kelemahan yang mungkin timbul adalah perbezaan saiz tulisan pelajar yang menghadkan penulisan jawapan mereka. Dalam menyediakan soalan jenis ini, guru bukan sekadar membina item jenis mengingatkan fakta dan kefahaman sahaja tetapi mesti menjurus kepada kemahiran menyelesaikan masalah.

    8.3.1 Ciri Item Gerakbalas Terhad.
    Menghadkan bentuk dan respons pelajar melalui skop yang disoal , ruangan jawapan tersedia, respons dalam satu frasa, beberapa ayat atau satu perenggan, kerencaman konstruk, tidak sesuai untuk menguji konstruk lebih tinggi, sukar mengumpulkan maklumat yang mencukupi tentang kemahiran kognitif, kemungkinan banyak respons meneka, peraturan pemarkahan perlu jelas dan komprehensif .

    8.3.2     Panduan membina item soalan terhad
    Item jenis respons terhad boleh dibina dengan dua bentuk iaitu soalan dan lengkapan. Soalan bentuk lengkapan haruslah ada tempat kosong di bahagian akhir pernyataannya.

    8.3.2     Item Gerak Balas Terbuka
    Item jenis ini mempunyai ciri berikut ;
    (i)            melahirkan idea merangka, memilih, mengorganisasi  fakta  atau isi pelajaran.
    (ii)          mempersembahkan idea dalam pelbagai cara secara lisan atau tulisan
    (iii)         Menyatu dan menggabungjalinkan pelbagai pengetahuan, idea dan maklumat daripada pelbagai sumber pembelajaran
    (iv)         Menghasilkan sesuatu idea yang asli
    (v)          Membuat  pertimbangan dan  penilaian tentang sesuatu idea atau maklumat
    (vi)         Menerokai pelbagai pilihan, cara atau pendekatan bagi menyelesaikan masalah
    (vii)       Masa yang panjang untuk menskor  berbanding dengan soalan objektif
    (viii)      Pemeriksa yang terlatih untuk menskor
    (ix)         Penyediaan set peraturan pemarkahan yang jelas dan komprehensif
    (x)          Tulisan perlu jelas dan boleh dibaca
    (xi)         Penskoran secara subjektif
    (xii)       Boleh wujudkan kesan halo

    8.3.3     Panduan Membina Item jenis terbuka.

    Pastikan perkara yang hendak ditaksir, peringkat mana perkara itu akan ditaksir ,
    aras kesukaran yang ditetapkan dan aspek penting  dalam kurikulum diberikan perhatian .Untuk memastikan kesahan, soalan  hendaklah meliputi tajuk  yang luas dan pelbagai aras kemahiran.
    Ungkapan “Huraikan”, “Terangkan”, “Bincangkan”, “Bezakan”, “Bandingkan”, “Nilaikan”, “Rancangkan”, “Tunjukkan” menunjukkkan soalan tersebut pada aras sukar dan terbuka.
    Untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan item, peraturan permarkahan hendaklah disediakan.Tugasan dalam soalan perlu jelas, masa ditetapkan masa, pemberatan markah setiap soalan turut dicadangkan manakala untuk mengelakkan salah faham dan kekeliruan, istilah dan bahasa yang digunakan dalam soalan hendaklah spesifik.
  • Copyright @ 2013 SCE 3111.

    Distributed By Blogger Templates | Designed by Templateism | TechTabloids